Friday, November 9, 2012

Terima Kasih Hati


Dengar ya wahai hati
Aku tahu rasa sakit ini
Sukar untuk diungkap dengan kata-kata
Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap
Dengan contengan di atas lembaran kertas sahaja
Dan lebih teruk lagi apabila hati itu
Sudah diminta untuk berhenti berfungsi
Parah

Duhai hati yang rawan
Aku tahu apa pun yang cuba ku lakukan
Sekali kata-kata orang terkesan dihati
Kau akan selama-lamanya berbekas
Bukan tidak pernah aku cuba kikis
Tetapi memang itu cara hidupmu
Mudah memaafkan perlakuan orang
Tetapi sukar melupakan.

Dengar ya wahai hati
Aku tahu
Andai saja hati itu boleh di'scan' dengan mata kasar
Kau lah anggota yang sarat dengan duka
Berbanding anggota-anggota yang lain
Penuh dengan torehan, luka dan parut
Namun ku tetap yakin
Engkau terlaku kuat dan tabah..

Wahai hati
Aku bersyukur kerana punya hati sepertimu
Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun
Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih
Itulah engkau HATI
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat
Kau tetap terus berfungi untukku
Hanya untuk aku

Hati...
Bagaimana caranya agar ku bisa merawatmui?
Guna plaster kah?
Guna Gunting kah?
Atau Guna iodine kah?
Jika guna plaster,  luka besar boleh diplasterkah?
Jahit guna benang, takut akan meninggalkan parut
Jika guna iodine, nantinya kuning hati itu
Tidak cantik seperti orang lain yang merah

Alhamdulillah hati...
Allah ajarkan padaku
Agar sentiasa redha selalu
Allah beri perhatian padamu dengan diuji
Wahai hati...
Percayalah, walau dirimu penuh luka
Tapi cukup engkau tidak bersangka-sangka
Pada Tuhan yang menciptakan mu
Juga yang menciptkanku
Sungguh benar hati...
Ujian itu wasilah untuk kita
Agar sentiasa ingat pada yang Esa...

via: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/5043-terima-kasih-hati.html

Friday, January 6, 2012

Dunia Baru

Assalamualaikum..
Salam tahun baru 2012, hahaha sempena tahun baru yg agak lewat untuk aku ucapakn, tapi xla lewat sgt kan?hahaha apepun tahun baru kali ni membawa 1001 makna buat diri, pindah sekolah baru, pindah zon baru, timba pengalaman baru dan pindah umah baru, haha baik kata segalanya baru la, tp tu la kan, sejak nak bergerak dr zon selesa ni, badan agak lemau la, sbb dah terlalu senang sgt dengan kerja yang ada, tpi apapun, aku bersyukur kehadrat Ilahi, kerana diberikan kesempatan untuk berpindah dan melepaskan apa jua yang terpendam didalam hati dan perasaan ni, ye la, kalau sebelum ni menjeruk rsa, skurgnya alhamdulillah skrg ni aku baru tahu, ada juga la something yang aku sumbangkan kat skola lama ni walaupun makan ati, tp apepun, syok wooo tgk muka depa bila kehilangan aku dan mmber yg lain, tp tu la bak kata org, bila ada didepan mata, jarang dihargai, tapi bila da xde, baru la sibuk nak kata itu dan ini, tp segalanya dah terlambat dan hatiku bukan disini lagi, banyak lagi yang perlu aku timba dan pelajari dalam mencari diri sendiri atau dengan kata lain, berdikari