Friday, November 4, 2011

Sahabat Sejati..




tik tik tik , air hujan menitik ke atap .


berlegar aku mencari selimut , sejuk benar rasanya .
hujan lebat mula menjengah di malam badai, kesejukan menyusuk ke liangliang kulit,
membiarkan diri menggigil kesejukan .


dalam kesejukan , aku mula membayangi .
membayangi khabarnyaa sahabatku , sahabat yang benarbenar aku kasihi .




wahai sahabat , aku tahu dirimu lemah dalam mengharungi kehidupan yang penuh noda dan dusta ini .
bangunlah wahai sahabat , martabatkan maruahmu sebagai pejuang islam yang terbilang dan terpelihara . bangunlah ! bangunlah dari tangisanmu itu , tangisan yang menampakkan kelemahanmu .


bukakkan matamu , pandanglah dengan luas bumi ciptaan Allah ini . betapa agung ciptaanNya . apa yang dikau sedihkan ? apa yang dikau risaukan ? Allah senantiasa bersama kita wahai sahabatku , bangunlah !


guruh berdentum , cahaya kilat mula menerangi malamku . malam yang kian sampai ke kemuncaknya . sejuk tak terkira , ku sabar dalam menahan kesejukan ini wahai sahabat .
kerna aku tahu , kesejukan ini adalah sementara , bakal hilang dan lenyap pudar sebentar lagi .


aku cuma sahabat yang sementara , bakal hilang ditelan masa .
bakal mati menempuh alam seterusnya , namun harus dikau ingat .
aku bukanlah sahabat yang buta dgn apa yang kau runsingkan ,
jangan begitu mudah kau bersedih kerana hal dunia wahai sahabat ,
pandanglah ke langit , doalah memohon ketenangan .


sandarkan dirimu pada ketenangan , mulakan penjernihan minda .
lapangkan dada , dan langkahkan kakimu sebagai pejuang islam yang terbilang .
bersujud dan bersyukulah kepada yang maha kuasa atas limpah kurnianyaa dikau diberikan kekuatan ini wahai sahabatku .


Hanya saling mengingati =)
Ihsan : http://akuhanyaumar.blogspot.com/