Thursday, March 31, 2011

Lantera Hati



sayang,
sayang itu hanya lah gelaran.
sayang itu hanya lah nama.
sayang itu hanya lah panggilan.

jika kita sayang
jarang dapat kita luahkannya selalu.

simpan sayang kamu.
simpan rapi dalam hati.

supaya rasa itu dirasai melalui getaran jiwa
bukan ketapan bibir.

tanpa panggilan sayang. tak semestinya dia tak sayang

sayangi lah diri kamu dahulu.
sebelum mengemis sayang dari orang lain.

sayangi keluarga kamu dahulu.
sebelum menyebut sayang pada orang lain.

sayangi kehidupan kamu dahulu
sebelum meminta sayang dari orang lain.

Bila dia panggil kamu sayang...



Sedang asyik meneliti dan menerawang internet ni..aku terjumpa satu artikel yg boleh baut aku tersedar akan sesuatu..hahaha nak tau ape die?moh kite zoom in :-

bile dia panggil kamu sayang. (kamu rasa kamu terawang awangan )
bila dia panggil kamu sayang. (kamu rasa dia benar benar sayangkan kamu).
bila dia panggil kamu sayang. ( kamu rasa gembira)
bila dia panggil kamu sayang. (kamu rasa diri kamu dimanjakan. )
bila dia panggil kamu sayang. (kamu rasa kamu pun nak panggil dia sayang.)
bila dia panggil kamu sayang. (kamu rasa, kamu pun sayang dia jugak. )
bila dia panggil kamu sayang. (kamu rasa, kamu nak dia panggil kamu selalu.)

Tapi hakikatnya...

bila dia selalu panggil kamu sayang (dia juga mudah mengucapkan sayang pada orang lain)
bila dia selalu panggil kamu sayang (perasaan sayang itu juga kadang kadang hanya di bibir, bukan dari hati )
bila dia selalu panggil kamu sayang (kamu selalunya tidak mendengar katanya, malah semakin degil )
bila dia selalu panggil kamu sayang (kamu selalunya akan leka dengan belaian itu
)

Wednesday, March 30, 2011

7 sekawan


Hehe.. bila tgk tajuk je..kompem aku tersenyum sndiri...yela..banyak kenangan dan pengalaman dengan 7 sekawan ni..selama ni..aku rse cam aku duk bersendirian mengahrungi hidup ni, cuma tbe2 dan rasanya sudah ditentukan Allah, pertemuan antara 7 sahabat dari pelbagai jenis dan umur menjadi sekepala, walau pelbagai ragam, walau pelbagai perangai, aku cukup gembira bersama 7sekawan ni.
Group ni tertubuh xsengaja tahun lpas, sedang semuanya bercelaru, sedang smuanya pada aku kelam kabut, tbe2 dipertemukan dengan 7 sekawan, ada Mohd Fairuz Jajuli, ada Huda Marsidin, ada Mohd Joeaharry, ada Fawzy Shariff, ada Zuhaili bin Hj Sawal, ada Nuraliffa Sakrani..ehhhh baru enam kan?sorg lagi?sorg lagi dah tentu la aku..hahahaha sabo je la :)~
Macam2 aktiviti kitorg wat bertujuh ni..menjadi pendorong dan pemberi semangat dalam perjuangan hidup ni..terima kasih ye sahabat..harap smpai bila2 kite kan bersama sebagai sahabat yang sentiasa diRedhai Allah selalu :)

Sunday, March 27, 2011

Jauhkan Rindu Ini

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

via: ILuVislam.com