Tuesday, November 23, 2010

Tajamnya lidah itu~



Duk menung2..bukak portal..aku terpndang satu artikel ni..best sungguh jalan cite..so aku kongsi ngan kamu smua ye :)

Pada yang bujang:
ha, kau bila lagi nak ada pasangan ni ni,. malu ler tak laku?

Pada yang dah bertunang
sampai bila, jangan lelama nanti kena sambar..padan dengan muka

Pada duda dan janda
pasal lelama sepi ni tak gersang ke?”

Pada yang dah kawin
ni bila lagi nak berisi ni, tak reti main ke?

Pada dah ada cahaya mata seorang
bila nak tambah lagi..tak kan tak tau buat kot

pada mak ayah
“orang dah sudah terima menantu, bila awak pula. Kenapalah anak awak tak laku lagi ye

Pada atuk nenek
wah bila nak tambah cucu? Tak banyak keturunan ler awak

Begitulah.. ada ketikanya jawapan mudah diberi. Tapi ada waktunya. Jawapan itu bagaikan perangkap pada diri. Jawapan itu akan disoal lagi.. dan lagi..justeru kekuatan dan ketabahan hati amat diperlukan, demi hubungan silaturrahim yang harmoni…

Bayangkan sibujang yang berusia diusik kenapa tidak kawin, tak lakuke, tak
mampuke, tak ada orang nakke… eeerkkk



Bayangkan yang dah kawin bertahun-tahun tapi masih tidak punya cahaya mata.. disakat.. tak powerlah, tak pandai ‘main’lah. Mandullah, baik kawin lagi satulah.. akhirnya yang menyakat tidak rasa bersalah tapi yang disakat balik bergaduh besar.
Begitulah hidup ini, kadangkala perkara yang asalnya tidak menjadi persoalan dan masalah boleh menimbulkan rasa kurang enak dihati.

Sebab itu kalau aku menghadiri kenduri kendara. Aku tidak pernah ingin duduk lama-lama dengan satu kumpulan,. Aku akan bergerak kesana, sini, kesinun.. supaya sedikit kata-kata, sedikit ‘rahsia’ peribadi yang dikongsi dan sedikit ‘bahasa’ yang didengar Seandainya tidak,pasti akan ada hati yang terluka. Samada yang kena tanya atau yang bertanya..

Moralnya, jagalah mulut bila kita berkumpul begini. Ada masanya soalan-soalan yang ditanya biasa pada orang yang bertanya, tapi kepada yang kena tanya. Mungkin ia suatu yang sangat sensetif. Kita orang melayu kaya dengan bahasa yang indah dan seni. Gunakanlah ia agar dapat menjadi jambatan silaturrahim, bukan sebagai pemutus ukhwah.

Malah dalam Islam, kalau banyak bicara yang mengundang bencana, diam itu emas.
Jadi jagalah mulut, berfikir sebelum bercakap, bukan lepas bercakap baru otak berjalan. Gerak akal baru lidah. Jadi hubungan akan lebih mesra dan berpanjangan.

Datang majlis orang biarlah kita tahu membawa diri,. Jaga lidah, jaga mata, jaga tutur bicara. Jangan semua boleh kita jadikan bahan untuk bercerita. Ada waktunya sikap kita itu hanya mengundang kebencian orang.

Pujangga ada menyebut. Hirislah sepotong ayat dan ia akan berdarah. Ertinya, jagalah kata-kata agar tidak membuat hati orang lain terluka. Banyak bencana terjadi akibat lidah yang tidak dijaga. Pujangga arab berkata bahawa lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Maka ketahuilah oleh kita, lidah yang panjangnya Cuma 3 inci boleh menumbangkan manusia setinggi 6 kaki.

Jadi, fikir dengan zikir. Akal dulu baru lidah…