Saturday, January 23, 2010

Terima Kasih Allah

Dalam kekusutan yang melanda diri, tanpa aku sedari masih ada insan yang memerhati, yang prihatin. dengan ikhlas ingin menemani aku melerai kekusutan yang menerjah hidupku. Betapa agung kasih TUHAN, menyirami aku dengan kegembiraan walau, aku sering leka ditelan keindahan dunia.

Kehadirannya menjadikan aku sedar dari lamunan kehancuran, sementelahan menghakis segala kisah silam yang sering menjadikan aku rebah ,walau terkadang aku melupakanNya, namun Dia xpernah melupakan hambaNya..Ah..betapa aku sungguh malu, sungguh segan denganMu Ya Allah, aku ingin berubah, namun kenapa begitu liat diri ini untuk tetap istiqamah dalam menjalani, menempuhi hidup ini?aku sungguh malu dengan smua ini..yaa..ku tahu dan ku pasti aku harus berubah, namun aku perlu mengubah dulu diri ini, hdup ini hanya sekali, jadi jalani hdup yang kita mahukan semahunya, tapi mestila berlandaskan perjalanan yang telah ditetapkan oleh Ilahi..ah..Terima Kasih Allah kerana menemukan aku dengan dia..terima kasih juga buat insan itu kerana sudi membuatkan aku masih berpegang pada kenyataan bahawa masih ada insan yang sudi untuk menjadi teman hidup ini, walaupun aku kini tiada lagi sang balqis yang menemani hidup ini, namun aku bersyukur diberikan teman untuk menemani dalam pergolakan hidup ini, andai ini dinamakan kasih sayang seorang insan pada insan yang lain, aku akan sentiasa menjaganya dengan sebaik yang mungkin, aku da xnak dah melihat kebelakang apa yang telah berlaku, apa yang telah terjadi,cukuplah...cukup..dengan sekali kesedaran yang diberikan, aku akan sentiasa sedar dengan apa yang berlaku,
hidup memang banyak masalah dan pengorbanan yang perlu dilakukan namun itu bukan satu alasan untuk hidup sentiasa berada dalam kesedihan dan menderita

dengan apa yang berlaku, dengan apa yang dihadirkan kini, aku kian gagah mengorak langkah dalam menjalani smua ini...ku amat bersyukur sekali dengan semua ini, amat bersyukur..jutaan..malah bukan jutaan..dengan layaknya aku boleh mengucapkan terima kasih ini pada kehadirannya dalam hidup ini.....

terima kasih dik.. :)

0 comments:

Post a Comment