Saturday, January 23, 2010

Secebis impian segunung harapan

Entah untuk kali yang ke berapa aku cuba untuk membohongi
diri ini,untuk kelihatan bersinar seperti hari itu..namun semua yang cuba untuk
ku leraikan,semua persoalan yang cuba untuk aku lepaskan,segalanya ku
lepaskan..malah terpaksa ku lepaskan dengan helaan yang berat…namun mungkin
benar apa yg org perkatakan…berat yang melihatnya..berat lagi siapa yang
menaggungnya…Impian…memang indah bila difikirkan..tapi kebiasaanya impian tak
akan pernah seindah dengan kenyataan yang berlaku..entah kali yang ke berapa
aku jatuh tersungkur dek diri aku sendiri,emosi aku sendiri..perasaan aku
sendiri..tapi tiap kali itu jugalah aku sedaya upaya untuk bangkit kembali
walau sesukar mana,walau sepayah mana dengan satu harapan yang tinggi…memang
semua mengharapkan kedamaian,kebahagiaan dan ketenangan namun segalanya takkan
semudah yang dijangka..takkan semudah yang dibayangkan..Memang kadangkala aku
lihat ‘orang itu’ setabah,secekal dan kukuhnya pendirian ibarat batu yang teguh
berdiri..tetap kukuh dan utuh walaupun berhujan dan berpanas…tapi tiap kali itu
jugalah aku terfikir,bilakah aku akan setabah itu,secekal itu..setenang orang
itu yang bernama insan di muka bumi ALLAH ini..Pernah aku terfikir mengapa
berat dugaan yang ku hadapi,mengapa berat ujian yang melanda,pernah juga aku
berputus harap,menyalahkan takdir yang tersurat namun bila aku fikir
sejenak..fikir kembali bila aku renung sejenak semua ini baru aku
mengerti..semua ini adalah kasih sayangNya ILAHI pada hambanya untuk
dimengerti..Kini dengan langkah berani,dengan sisa kekuatan dan semangat yang
ada aku mengharapkan..dan aku rasa kini bukan masanya aku mengharap bahkan akan
aku orak langkah kaki ini,untuk mencapai apa saja yang ku inginkan agar
segalanya memberi ketenangan yang hakiki dan abadi..



1198500277_m

0 comments:

Post a Comment