Saturday, January 23, 2010

Sahabat

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi
dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat
yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita
cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa
dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia
peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita
juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan,
'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang
perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita
sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi
kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang
diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang
ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana
dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan
dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti
mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah
kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah
kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia
juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik
senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.
Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana
selalu silap tafsir terhadap dirimu..

0 comments:

Post a Comment