Saturday, January 23, 2010

Mengalah untuk menang

kata orang, hidup ini kita perlu untuk mempertahankan hak kita, maruah kita, namun kalau smuanya mahu memberontak, siapa pula yang mahu mengalah? andai kita berada dipihak yang harus mengalah, xsalah kalau kita nak mengalah, sebab mengalah xbererti kita kalah, mengalah xbererti kita jatuh tanpa berpaut dan boleh bangun kembali, hurm..ntahlah..kadang2 kalau kita terlalu memikirkan soal hidup, kita akan sering jumpakan kekurangan, semakin kita mencari kesempurnaan semakin jua kita melihatkan kekurangan dan kelemahan kita, namun!! jangan disalahtafsirkan erti kekalahan itu, cuba lihatkan dari sudut positif, pandang dari segi semua itu, kebanyakan kelemahan itu adanya kekuatan yang kita kadangkala xjumpa, sering terlepas pandang, tapi itu smua adalah lumrah hidup..

arakian nak dijadikan cerita, semua kisah ini berlaku ditempat kerjaku,lebih jelas lagi smua ini berlaku pada pihak pengurusan sendiri. Bukan aku mahu buka pekung didada, namun aku rasa sudah sesak dengan smua ini.

Permulaan kisah ini berlaku semenjak pertukaran guru besar, dan rombakan yang dibuat oleh pihak pengurusan daerah. Pada mulanya aku rasa seronok la jugak sebab kekosongan yang terdapat dalam pihak pengurusan terisi semula, penantian kami berkakhir, namun..smuanya bertukar jadi mimpi ngeri..
entahlah, mahu saja aku luah smuanya disini, tentang kegeraman kami, ketidakpuashatian kami..ye ke ketidakpuashatian?bolehla tu..hehhehe..hurm..xpelah..aku cuba bertahan sehingga smpai waktu dan ketika yang ditetapkan..aku cuba mengalah demi sebuah kemenangan..yesza!!!

0 comments:

Post a Comment