Saturday, January 23, 2010

janji

agak lama jugakla aku xposting blog ni..bukan aku merajuk dengan smua ni, cuma aku letih dengan keadaan sekeliling yang kadangkala menghimpit aku, bila ke sana..mereka dengan cara mereka, bila kemari dengan golongan satu lagi..oleh itu aku mengambil jalan tengah bagi menguraikan segalanya, aku mengambil jalan


kita bukannya sesiapa yang cukup sempurna untuk memuaskan hati semua pihak, aku bukan sempurna untuk melengkapkan segala keperluan mereka, cukuplah membantu sekadar yang perlu


erm, kadangkala apa yang aku xpasti, mebuatkan aku tertanya adakah aku akan bersifat begitu juga bila aku berada diatas?ku harapkan ianya tidak berlaku keatas aku, betapa ku merenung sepi dengan sayup mata memandang...insiden bermula pada ketika aku dilanda kesibukan untuk mendapatkan semangat untuk menghadapi hari terbuka..


arakian ceritera..adala seseorang itu, menelefon aku, suruh aku ke tempat kerja dengan segera kerana ada tugas, beginilah serba sedikit perbualan kami:-




"dia" : kamu sibuk tak harini?

aku : tak jugakla, sekadar membetulkan buku, napa ya?

"dia" : teman saya ke bank jap, boleh?sy mahu keluarkan dan cashkan cekuntuk keperluan sekolah minggu depan, xpe..duit minyak aku bayar,rm20.00 cukupkan?makan smua aku tanggung, xpayah risau, dtg ya awal sikit?

aku: (dengan berat ati) erm, insyallah boleh..nanti sy dtg awal ya



memandangkan aku da berjanji, dan dengar dengan jelas janji nya tu membuatkan aku melangkah longlai ke kereta untuk menuju ke tempat kerja..sesampai je kat sana...terlihat sesusuk tubuh yg mmg sudah menantiku, bersembang dengan rakan sekerja yang lain, apa yang menarik perhatianku, sikapnya yang xubah seperti ketam, mahu mengajar anaknya berjalan lurus, tetapi sendiri berjalan bengkok, "dia" berceritakan pengalaman di tempat kerja lama, gah!! kononya semua pihak memandang tinggi kepadanya, segala urusan 'dia' yang langsaikan, siap berkata lagi kamu smua nak makan apa arini?aku belanja, baru gaji ni..xpe..order je..smua on table, aku da jemu terus turun ke tempat parking dan kelihatanla 'dia' menyuruhku parking kereta dihadapannya, mmg da aku sangka sejak awal lagi kereta aku menjadi mangsanya,bukan aku xikhlas, tapi caranya membuatkan aku terkilan sehingga kini, bukan terkilan xdapat apa yang dijanjikan, tapi terkilan dengan sikapnya.


lalu bergeraklah kami menuju ke bank yang dimaksudkan, sepanjang perjalanan, banyaklah cerita yang dicelotehnya, namun satu pun aku xberminat untuk membalas dan mendengarnya, bukan apa, banyak yg diceritanya berdasarkan kisah lapuk, kisah yang aku da muak nak dengar, tentang komen2nya terhadap kawan2 sekerjaku, aku naik jelak, naik mual bila dia mula membanggakan dirinya, walhal, pada kami, nescaya satu butir debu pun tidak memberikan manfaat kepada kami kami teruskan perjalanan sampai kesebuah bank berdekatan, dan bila selesai, kami pergi ke sebuah bank yang seterusnya, sampai sahaja disana, no giliran kami terlalu jauh, 'dia' mengajakku makan tgh ari, aku sebtulnya malas nak makan dengan 'dia' ni, bukan apa, seleraku kian berkurang hari demi hari, so nak ikutkan langkahnya, aku pun layankanlah, kerana teringat janjinya..aku orderla mee rebus, lantaran terpesona dengan baunnya..makan la aku dengan lemah longlai sebab aku xtahan dengan ceritanya, membosankan!!


sesudah makan..kami bergerak ke bank, nah disana..lakonannya kembali semula bila bertemu rakan lama, punyala suka, berborak smpai dengar satu bank, aku yg disebelahnya tersipu malu melihat org memandang kami,peh!! sabar je masa tu, kalau dikukur ketebalan muka ni, mau beberapa inci jugak ni tebalnya..


dipendekkan cerita, waktu pulang, aku sekadar bertanya, yela..mengikut ceritanya begitu hebat menceritakan selok belok kawasan ni, mana la tau betul, cume aku sekadar menduga lantas bertanyakan mana ye laluan yang terdekat untuk pulang..maka jawablah ia, belok kiri, ikut saje..nah!! aku belok kiri, masuk ke taman perumahan smpai kami sesat ntah kemana, berbekalkan minyak kereta yang sikit tu, aku memberanikan diri teruskan memandu, sampai sahaja tempat kerja, belum turun lagi, dia da berkata:


minyak rm10 je la ye, bayaran makan aku dengan kau tadi, aku,tadi tolak dari yang pada asalnya nak bagi ko, ye?


berdesing telinga!!bukan aku mengharapkan sgt duit tu, tp disebabkan berjanji, dan juga gahnya bercerita pada teman yang lain menjadikan aku kini melihatnya satu aras jatuh lagi daripada aras kemuliaan yang dahulunya yang telah jatuh sepertimana yang aku tetapkan


0 comments:

Post a Comment