Saturday, January 23, 2010

Fitrah Fitri

Rindu? satu kata yang mudah dilafazkan, namun sukar untuk dizahirkan, sukar untuk ditafsirkan. Adakah rindu satu penyeksaan? adakah rindu juga satu penderitaan yang harus dihadapi oleh setiap insan? Tidak! rindu sebenarnya naluri, sepertimana gembira, kasih sayang..suka,duka, derita dan segalanya. Setiap insan ada kerinduan, rindu pada ketenangan, rindu pada jiwa yang satu dan juga rindu pada Ilahi. Dengan rindu, lahirnya kasih sayang, dengan rindu juga akan adanya sifat belas ikhsan, dengan rindu juga wujudnya persaudaraan.


namun berbalik pada insan itu sendiri untuk leraikan, untuk huraikan smua kerinduan ini



Bersyukurlah jika kita merasakan kerinduan, kerana itu firah fitri, simbol kita masih berperasaan dan berperikemanusiaan, rindu sememangnya sukar untuk dimengerti, dengan rindu akan punya hati, dengan rindu juga akan punya naluri, dengan rindu juga segalanya akan kekal abadi..


0 comments:

Post a Comment