Saturday, January 23, 2010

Cinta dan kasih sayang insan

Arakian dengan segala cerita yang telah berlaku dalam hidup ini, membuatkan aku lebih tabah, lebih tenang dan lebih santai dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini, aku amat bersyukur dengan apa yang telah berlaku selama ini, sepanjang hidup ini.

Dahulunya aku rasakan aku lah insan paling xberguna, paling berduka dan paling bernasib malang kerana apa yang aku inginkan, aku harapkan biasanya tak berlaku dan x berkesan dalam hidup ini, entah berapa kali jugak aku rasakan yang aku ini tak layak untuk disayangi oleh insan lain

walau aku sedari semua ini kadangkala semacam aku berputus asa..tapi ntahlah..betapa aku merasakan kesepian, kesunyian itu, tetapi tatkala aku hampir tersungkur, masih ada insan yang sudi singgah dalam hati ini, hidup ini, ah..hidupku kembali ceria dan gembira.
Tiap hari yang aku lalui ibarat bintang kejora yang bersinar, dan berseri seseri yang mungkin..ahaa~~seseri? Kena ke perkataan tu?hahaaaa entahla..sbb aku xtau nak gambarkan dengan perkataan dah..ahaa boleh je la..heheh..

Erm, Cuma tu la..aku da terlalu sygkannya,macam diri ak, hidup aku sendiri,bahkan aku sanggup untuk korbankan nyawaku deminya, kerna dia hadir dikala aku dirundum kesedihan, dengan janji, dengan nekad, selagi hayatku masih ada..aku akan menjaganya dan menyayanginya semampuku, aku akan menjadi yang terbaik untuknya, itu janji aku pada kamu, dan kamu boleh pegang janji itu smpai bila2 dan aku tetap dengan pendirian itu..terima kasih ya dik

0 comments:

Post a Comment